Assalamualaikum.

𝐊𝐔𝐈𝐋 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐔

Satu-satunya Sultan yang turun menangani masalah kuil Hindu ialah almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris al-Mutawakil Alallahi Shah ibni Sultan Alang Iskandar Shah II (17 Ogos 1924 – 31 Januari 1984), Marhum A’fifullah.

Pada tahun 1970an, KDYMM Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah atas kuasa Raja Melayu dan Ketua Hal Ehwal Agama Islam, telah merobohkan kuil Hindu dalam Bandar Ipoh.

Kuil Hindu itu dibina atas tanah Kerajaan Negeri Perak. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perak yang hendak membina bandar di Jalan Gopeng, berhadapan Kampung Sungai Rokam, telah tergendala kerana ada sebuah kuil Hindu yang kecil di situ.

Sebilangan orang beragama Hindu menghalang pihak Perbadanan meroboh kuil tersebut. Dato Mokhtar Petah telah kemukakan perkara tersebut kepada Sultan Idris Shah.

“Moh bior aku yang ghobohnya, ” titah Sultan.
Pada hari itu Sultan telah memandu jentolak di hadapan lebih 500 rakyat termasuk pihak kuil tersebut, lalu merobohkan kuil itu.

https://vt.tiktok.com/ZSremYUMs/